Saturday, February 26, 2011

Gemuruh

Semakin lama, aku semakin tidak tenang. Jiwa semakin lama, semakin gemuruh. Kenapa? Aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu. Bila tanya hati, hati diam. Bila tanya jiwa, jiwa pun diam. Aku buntu, aku semakin buntu. Mungkin perasaan gemuruh ini timbul kerana aku terlalu takut. Tapi lagak aku, seperti tiadanya perasaan gemuruh itu. Gemuruh tolong henti, kau buat aku makin cemas dan hilang hala tuju.

Tuesday, February 15, 2011

Masih baru

Setelah sekian lama aku mendiamkan diri, membisu tanpa sebarang alasan. Kini aku kembali dengan nafas yang baru atas dorongan dorongan manusia yang memaksa aku untuk membikin blog semula. Aku masih mencuba. Amat kekok bagiku untuk menulis, lama sudah aku meninggalkan tempat menulis ini.